Monday, November 3, 2008

PHOTOGRAPHY TRIP TO NELAYAN VILLAGE (PANTAI PULAU KUNDOR)
Kali ni aku survey untuk snap gambar kat perkampongan nelayan, Pantai Pulau Kundor yang terletak berhampiran Kuala Besar kelantan. Aku terkejut banyak tempat dan subjek yang korang bleh capture kat sini. dari maklumat yang aku dengar dari orang kampong ni, kerap gak org buat shooting drama kat sini...aku pegi pun dah petang jadi ada masa kurang sejam untuk snap gambar, sebelum cahaya dan subjek berubah.


bot yang baru pulang waktu petang di pantai Pulau Kundur

bot yang berlabuh di gigi air Kg Kedai buloh


Senario biasa yang dapat di lihat; pemancing udang di Kg Kedai Buloh

Aktiviti kat kampong nelayan ni tak banyak, lagipun diaorang nyer kampong jalan mati ke pantai so semua orang kenal sesama mereka tak kira kecik besar tua dan muda. Teringat aku masa aku kecik dulu masa tu nilai nilai kampong masih menebal lagi jadi amalan kita, sama la dengan kampong ni jugak.. apa apa aktiviti dan kenduri kendara semua turut sama terlibat..yang tua masih leh tegur anak anak jiran tetangga...budak budak masih hormat kat org tua. Ke surau masih menjadi amalan mereka, hanya segelintir kecil je yang tak akur (minoriti).


Ternakan Ikan dalam sangkar menjana ekonomi masyarakat kampong


Perusahaan keropok di manopli oleh golongan wanita dan surirumah; membantu pendapatan keluarga (Lokasi; Kg Kedai Buloh)...hehe keropok kat sini murah sket


Wanita di sini berjalan ke pasar secara berkumpulan...kereta sewa dan prebet sapu jarang masuk ke dalam
mengambil penumpang (Paling tidak pun menumpang mereka yang berkenderaan di kampong tersebut) - Lokasi Pantai Pulau Kundur


Time ni aku dapat capture aktiviti org kampung paling best part budak budak mandi cam biasa aku menyorok2 snap dah terlanjur diaorang sedar, posing sakan diaorang tak yah mintak... spontan je . apa aku nak kata energy diaorang, keseronokan, air muka dan mata diaorang sudah cukup menceritakan keadaan kampong dan juga kehidupan kat sini... sampai aku tgh snap gambar pun terasa nak masuk dalam air sama... . ghairah tengok ngan rasa rindu dengan zaman kanak kanak...untouch, honest, full energy, tak yah pikir hal hidup,

Potret gadis kampong tersenyum manis girang bermain air- lokasi pantai Pulau Kundur

Waterboy yang sungguh cooperative dan permah..periang gak die nih rupanye
Lokasi Pantai Pulau kundur



On ya mark get set ...ah tak kira lah macam mana terjun jer..







Aktiviti mencari siput Lokan memang popular kat sini mana tak nya kena gaya seguni kejap jer...
Bleh tambah pocket money ooo




Haa ni lagik satu aktiviti tambah/ menjana pocket money...rajin gak bebudak nih



















sebab tu subjek macam ni menjadi pilihan aku. Buat hati aku girang. Aku sengaja tak setting B/W macam selalu, biar color ngan cahaya menyokong keriangan mereka dan gerak geri mereka, apa nak kata.... gambar mampu bawa 1001 macam cerita dan berkekalan selamanya..

P/s : kenapa kita tak mampu kekalkan nilai nilai dan adat adat kekampungan seperti dulu....tepuk dada tanya selera....


6 comments:

Anonymous said...

Aku org pertama komen ko heheh....aduii...bila la bleh join ko gi shoot ye....mmg best la....bila2 turun alor setar call aku (0125833548)...kita plan gi shoot sama2...

dimebag said...

haah zan adik aku kat perlis berita harian kat sana..adik ipar aku plak kat kedah berita harian gak dua dua jurnalis...adik aku pun suka snap gambar gak...kalo aku kesana aku call ko...mesti nak carik tourist guide kan2

Anonymous said...

Woo. They sure look happy in water. I want to play too. ^_^

dimebag said...

sure did with alot of ebergy and joy....

Anonymous said...

cantik arrrr

dimebag said...

thanks aremath